SUNGAI PETANI, 13 November 2022. Malam penghargaan buat semua warga kerja KB Soon Huat Motor dan CKT Motor dari seluruh cawangan yang berada di sekitar utara semenanjung termasuk Perlis, Kedah, Penang dan Perak. Seramai lebih dari 200 pekerja telah hadir
Majlis Makan Malam Appreciation Night 2022 yang bertemakan Modern 80s telah diadakan di Purest Hotel, Sungai Petani pada 13 November 2022 yang lepas telah menyaksikan penyampaian penghargaan kepada para pekerja yang telah berkhidmat dari 5 tahun hingga hampir 20 tahun dalam industri penjualan dan perkhidmatan membaiki motosikal
Dan juga penghargaan untuk semua kakitangan yang sentiasa memberi sokongan padu selama KBSHM dan CKT beroperasi
Pelbagai aktiviti diadakan pada malam itu seperti makan malam, sesi karaoke, best dress competition, cabutan bertuah dan penyampaian anugerah khidmat cemerlang yang telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Urusan KBSHM, Mr Khoo Piah Chuan, Pengarah Urusan KBSHM, MR William Khoo dan Pengarah Urusan CKT Motor, Mr Stone Khoo dan Ms Daphne Khoo
Terima kasih. Semoga kita lebih maju jaya di masa depan