KB Soon Huat Motor dikejutkan dengan kehadiran pengembara solo bermotor dalam cabarannya dari India ke Sydney, Australia iaitu Candida Louis bersama rakan Guy Theissen dan Lukas Fischer dari Jerman. Mereka singgah di KBSHM untuk servis motosikal mereka sebelum menyambung semula perjalanan ke Sydney. KBSHM turut menyumbangkan beberapa alat ganti seperti minyak enjin, bearing dan kotak sisi sebagai hadiah dan tanda sokongan dalam misi mereka. Semoga berjaya buat Candida, Guy dan Lukas!







