IPOH, 20 September 2022. Sekumpulan anak muda dari Hong Leong Yamaha Malaysia Alumni yang diketuai oleh Presiden, Boss James Ng telah membuat lawatan ke sebuah penempatan orang asli iaitu di Kampung Palas, Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Lawatan ini juga adalah sebahagian dari tinjauan awal untuk misi bantuan yang akan dijalankan di masa yang akan datang. Lawatan singkat itu juga, memberi pendedahan kepada pasukan HLYMA tentang kehidupan seharian orang asli dengan adat dan budaya serta gaya hidup yang lebih tenang dari kesibukan kota.














