BUTTERWORTH, 10 Disember 2022. KB Soon Huat Motor telah mengadakan satu acara tahunan iaitu Hari Pelanggan 2022 atau Customer Day 2022 yang berlangsung dari 9 hingga 10 Disember 2022 dan bertempat di KBSHM cawangan Sungai Dua. Program kali ini agak berbeza dari tahun-tahun sebelumnya kerana telah ditambah baiki dengan aktiviti baru seperti kempen derma darah, pertandingan motorshow dan peraduan mewarna kanak-kanak. Secara keseluruhan, lebih dari 1000 pengunjung telah hadir bagi memeriahkan acara kali ini. Rata-rata datangnya dari seluruh kawasan utara dan ada juga datangnya dari seluruh semenanjung Malaysia. KBSHM berharap agar dapat mengekalkan prestasi untuk masa yang akan datang dengan pelbagai aktiviti yang lebih menarik. Pihak penganjur juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penaja, semua warga kerja, pengunjung dan pelanggan yang menjayakan acara kali ini yang terdiri daripada kalangan peminat sukan permotoran dan orang awam



























