Kali ini KBSHM telah terpanggil untuk terus membantu satu keluarga yang selama ini terpaksa keluar mencari rezeki dengan berjalan kaki akibat motosikal yang digunakan selama ini rosak dan tidak mampu untuk membaiki semula akibat kekangan kos yang tinggi.

Dengan kerjasama Pihak Penghulu Tinggi Daerah SPU, Tuan Mohd Yusof Hamid, KB Soon Huat Motor (KBSHM) telah menawarkan pembaikan semula motosikal jenis HONDA EX5 seperti motor baru dan boleh digunakan semula untuk keluarga ini meneruskan mencari rezeki bagi keluarga mereka. Dengan bantuan ini, KBSHM berharap keluarga ini dapat meneruskan kehidupan mencari rezeki dengan lebih baik lagi. Sempena sambutan kemerdekaan kali yg ke-64 bertemakan MALAYSIA PRIHATIN, kami di KB SOON HUAT MOTOR SDN BHD akan terus prihatin dalam menjalankan aktiviti kebajikan dari masa ke semasa. KBSHM PRIHATIN.