BATU KAWAN, 4 Disember 2022. Tibalah masanya pusingan terakhir bagi Malaysian Petronas Cub Prix yang berlangsung di litar Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang bagi musim 2022 ini. KBSHM telah mengadakan flag off konvoi ke Batu Kawan yang telah disertai oleh dua team yang berbeza mengikut jenama motosikal iaitu Yamaha dan Honda. Team Yamaha Rider berkumpul dan bertolak dari YQS Kepala Batas manakala Team Honda Rider berkumpul di Impian X Bertam untuk bergerak ke Batu Kawan. Seramai hampir 200 buah motosikal keseluruhan dari kedua-dua team telah berkumpul di sana. Selain dari menyaksikan perlumbaan cub prix, banyak lagi aktiviti yang telah berlangsung di booth Yamaha dan Honda serta sesi ramah mesra bersama selebriti dari filem Rempit 2 The Movie di mana mereka dalam tempoh mempromosikan filem tersebut. Antara pelakon-pelakon yang memeriahkan suasana ialah Farid Kamil, Ahirine Ahirudin, Rudy Norman GTB dan ramai lagi.




























