SEBERANG JAYA. 26 Februari. Kita dikejutkan dengan satu insiden kebakaran di parkir motosikal Flat Tuna di sini beberapa hari yang lalu. Oleh kerana itu sahaja pengangkutan seharian, mangsa menjadi ‘patah kaki’ untuk menjalankan aktiviti harian. Memang sukar untuk mendapatkan ganti rugi dalam masa yang singkat memandang penduduk di situ ramai di kalangan yang tidak berkemampuan. Berkat bantuan sumbangan orang ramai dan pejabat YB Nurul Izzah Anwar yang bergandigan dengan YB Lee Khai Loon, mereka turun padang membantu mangsa-mangsa yang memerlukan.

YB Izzah dan YB Lee tiba di KB Soon Huat Motor Perai dan membuat rundingan untuk mendapatkan sebuah motosikal Modenas Kriss MR3. KBSHM juga prihatin dengan apa yang telah menimpa mangsa kebakaran dan membantu pihak YB Izzah untuk melancarkan urusan bantuan ini. Semoga dimudahkan urusan semua pihak yang terlibat dalam bantuan ini dan jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Nurul Izzah Anwar kerana memilih KBSHM untuk berurusan.

Foto: Facebook YB Nurul Izzah Anwar