TELUK INTAN, 3 SEPTEMBER. KBSHM kembali ke takhta podium tempat pertama sempena Malaysian Cub Prix pusingan ke 6 di Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan bagi kategori Aeon Credit Service Yamaha 135LC Tekhne Challenge yang dipandu oleh Aqeel Danish Zaiermanhady dari Pulau Pinang. Dengan ini kedudukan pelumba setakat ini menjadikan KBSHM berada di tempat kedua keseluruhan. Sama-sama kita doakan agar pencapaian ini sentiasa dikekalkan hingga tamat musim ini.















