BUKIT MERTAJAM, 25 Mac. Pada sebelah pagi tadi telah berlangusngnya satu program khas iaitu Program Mengimbau Nostalgia Hari Raya anjuran Puspanita Majlis Bandaraya Seberang Perai yang bertempat di Menara Bandaraya, Bandar Perda, Bukit Mertajam yang telah dihadiri dan dirasmikan oleh Datuk Bandar Seberang Perai, Ybhg Dato’ Azhar Haji Arshad
KBSHM telah menjadi penyumbang kepada sumbangan duit raya kepada kakitangan MBSP yang berstatus asnaf. Sebanyak 20 orang kakitangan telah menerima sumbangan yang telah disampaikan oleh Ybhg Datuk Bandar dan diiringi oleh Pengarah Urusan KBSHM, Mr William Khoo, Tuan Haji Baderul Amin Abdul Hamid, Setiausaha Bandaraya dan Puan Noraishah Hashim selaku Timbalan Pengerusi Puspanita
Dalam program ini juga, para tetamu kehormat dapat merasai suasana ‘Nostalgia Hari Raya Aidilfitri’ sekitar tahun 60an hingga 90an yang lebih kepada tema Raya Klasik, yang mengimbau aktiviti raya orang dulu-dulu seperti menganyam ketupat beras daun kelapa, mengacau dodol dan banyak lagi
KBSHM juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Majlis MBSP, Puan Norly Mashitah Mohamed Nor dan Encik Muhammad Fitri Termizi kerana telah mengatur kerjasama MBSP-KBSHM untuk kali ini.































