HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) melancarkan satu lagi model istimewa, iaitu Yamaha 135LC (Fi) 5MRO Malaysian Edition yang terhad kepada 5,000 unit sahaja. Pelancaran itu dibuat sempena sambutan pengeluaran ke-5 juta unit motosikal Yamaha dan unit ke-5 juta itu juga model 135LC Fi. Model edisi terhad itu ditawarkan kepada orang ramai yang disertakan bersama nombor siri unik bermula angka 5,000,0001 hingga 5,005,000. Berikut ringkasan mengenai model edisi terhad iaitu; skema warna merah, biru, kuning dan putih yang diilhamkan daripada Jalur Gemilang, bakul Yamaha Premium, sama seperti model 135LC SE, lencana khas dengan nombor siri dalam bakul, sijil khas untuk pengesahan ketulenan, pembeli juga menerima hadiah kunci keselamatan dan jaket khas 5MRO dan semua unit edisi terhad tersebut dijadualkan memasuki pasaran pertengahan Oktober 2022




