SEBERANG JAYA, 28 Jun. Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Diraja Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan Hari Karnival Tekun Madani yang telah berlangsung di SP Arena Seberang Jaya selama 3 hari yang menyaksikan berkumpulnya para usahawan dan pelbagai agensi. KB Soon Huat Motor tidak melepaskan peluang bersama-sama dengan MForce Bike Holding untuk turut sertai dalam karnival kali ini.