9 MAC, KUALA LUMPUR.
Demi menaikkan semangat dan martabat wanita, mereka datang dari utara (Pulau Pinang, Kedah, Perak) untuk bersatu dengan para insan hebat dari Kuala Lumpur dan bergabung menjadi Dewi Yamaha dari pasukan KBSHM.
Pagi ini dan masih lagi berlangsung acara FIESTA RIDE SMART, RIDE SELAMAT anjuran Yamaha Motor Malaysia yang berlangsung di Stadium Bola Sepak, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, KL
Seramai 130 dewi Yamaha dari team KBSHM telah menyertai acara ini sempena sambutan Hari Wanita Sedunia dan sekaligus dianugerahkan PASUKAN DEALER PALING RAMAI untuk acara kali ini.
Pelbagai aktiviti menarik yang telah dijalankan sepanjang hari ini. KB Soon Huat Motor mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Dewi Yamaha yang tidak putus memberi sokongan dalam setiap program yang dianjurkan oleh KBSHM. Tahniah juga kepada pasukan kita yang sentiasa mendahului dalam setiap program yang dianjurkan oleh Yamaha Motor Malaysia. Tahniah kepada Masita Hamid dari pasukan KBSHM kerana telah memenangi hadiah utama cabutan bertuah dan berjaya membawa pulang sebuah motosikal Yamaha NVX155