Pada 26 hingga 28 April 2019, KB Soon Huat Motor bersama dengan Motociti dan Linja Motor dengan kerjasama Fama Fest 2019 menganjurkan Northern Bike Week yang telah berlangsung di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang. Northern Bike Week 2019 kali ini ditaja oleh Pakelo Lubricants dan Aeon Credit Service bersama MForce, KTNS, Yamaha dan CS Automobile Group. Acara ini adalah acara tahunan yang diadakan di setiap bahagian di seluruh Malaysia. Ianya dihadiri lebih daripada 2000 buah motosikal berkuasa tinggi dari seluruh Malaysia terutamanya warga utara Semenanjung yang merangkumi Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Ada juga yang datangnya dari luar Malaysia seperti Singapura, Thailand, Brunei, Laos dan Kemboja. Jemputan untuk pameran juga dihadiri oleh pihak pengeluar seperti Yamaha dan Kawasaki dari Jepun dan Ducati dari Itali.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti karnival jualan motosikal besar-besaran, lelongan bida aksesori motosikal, Mega Konvoi Amal, Persembahan Artis, pertandingan Motosikal Cantik, Kursus Pemanduan Motosikal, Pertunjukkan Lagak Aksi, pameran khas agensi kerajaan, cabutan bertuah untuk kelab motosikal dan pengunjung, baucer diskaun dan macam-macam lagi. Acara telah berlangusng selama dua hari berturut-turut dari 10 pagi hingga 11 malam

Source: iMoto & FB Random pics