TANGKAK, 5 Mei. Tahun 2024 adalah permulaan bagi KB SOON HUAT MOTOR beraksi dalam kategori baru iaitu Yamaha Petronas Super Series (YPSS) yang menyaksikan pertarungan jentera Yamaha EZ115.
Ahad yang lepas telah berlangsung pusingan kedua bagi musim 2024 di litar Tangkak, Johor yang menyaksikan KBSHM yang diwakili Md Ali Imran Md Dzul Hijri (KUL) menamatkan pusingan di tempat ke 10 berbanding pusingan pertama di litar Jasin yang berakhir di tempat ke 12.