Karnival Yamah Gen Blu kembali lagi kali ini di MAEPS, Serdang Selangor Darul Ehsan. Acara telah berlangsung pada 4 Ogos 2019 yang telah menggabungkan lebih dari 11,000 buah motosikal jenama Yamaha dari seluruh negara dan telah pun mencatatkan rekod dalam Malaysia Book of Record (MBOR). Konvoi dari team KB Soon Huat Motor telah dilepaskan oleh Pengarah Urusan KB Soon Huat Motor, Mr Khoo Piah Chuan dan Mr William Khoo. Pada karnival kali ini juga, KBSHM telah mengambil bahagian dalam NVX Challenge Demonstration dan berjaya merangkul hadiah pasukan terbaik.