Pada hari kedua berlangsungnya Northern Bike Week 2019, acara Konvoi Amal telah dijalankan. Acara ini telah disertai oleh 400 buah motosikal berkuasa tinggi dan rendah. Sumbangan amal bersama Agromas Charity disampaikan kepada Maahad Tahfiz Ihya Ulumuddin, Kg Mengkuang Titi dan Comfort Nursing Home, Taman Desa Murni, Sungai Dua. Perlepasan konvoi telah disempurnakan oleh YB Tuan Soon Lip Chee, Exco Belia & Sukan, OCPD SPT YDH ACP Nik Ros Azhan, Pegawai Daerah SPT, Tuan Kamarul Haizal Bin Koderat, Senior Director FAMA, Tuan Haji Mohamad Mustapha Awang, Pengarah Urusan Pakelo Malaysia, Mr Lim Seng Keat & Pengerusi NBW 2019, Mr William Khoo