Selangor, 8 Mac. Yamaha Motor Malaysia telah mengadakan acara sambutan Hari Wanita Sedunia 2023 bersama para peniaga dari seluruh Malaysia dengan menghantar satu pasukan untuk turut serta dalam acara tersebut. Acara dihadiri hampir 500 peserta wanita yang bergelar DEWI YAMAHA yang merupakan pemilik motosikal Yamaha dan sama-sama berkampung di Splashmania Gamuda Cove, Banting, Selangor.
Acara kali ini dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB Hannah Yeoh dan diiringi oleh Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor Malaysia, Dato’ Dr. Jim Khor.
Pelbagai acara telah dijalankan seperti Treasure Hunt, Obstacle Challenge, Women’s Empowerment Talk dan Safety Riding Talk. Selain itu acara menarik lain termasuklah bersuka ria dengan Zumba dan aktiviti air.
Team KBSHM telah menyaksikan gabungan dari team Utara, Tengah dan Selatan membentuk satu pasukan. Dalam acara kali ini, team KBSHM telah membawa pulang hadiah untuk acara Obstacle Challenge berkumpulan, hadiah cabutan bertuah dan hadiah utama sebuah motosikal Yamaha Ego Gear menjadi milik team KBSHM!
Tahniah diucapkan kepada semua team KBSHM kerana memberi sokongan padu untuk menjayakan acara Hari Wanita Sedunia 2023 bersama Yamaha Motor Malaysia kali ini. Jumpa lagi di masa yang akan datang.
Bijak. Berani. Siap Sedia. Itulah Dewi Yamaha!
























































