SUNGAI NIBONG, 23 Mac. Telah berlangsung satu program khas bagi peminat sukan permotoran di utara di mana mereka telah berkumpul di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang dalam program Ramadhan Iftar Bike Week sempena Festival Ramadhan Pulau Pinang 2024
Program ini adalah kali pertama dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Exco Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar, YB Tuan Haji Rashidi Zinol yang mengumpulkan para usahawan sekitar utara untuk mengisi ruang bazar Ramadhan dan Bazar Raya
Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah Pertandingan Motorshow untuk pelbagai kategori, persembahan artis, majlis buka puasa, penyampaian sumbangan untuk anak yatim dan asnaf, cabutan bertuah dan diteruskan dengan program Qiamullail sehingga pagi 24 Mac 2024.
Penyampaian hadiah cabutan bertuah telah disampaikan oleh YB Tuan Haji Rashidi Zinol dan Pengarah Urusan KBSHM, Mr William Khoo
KBSHM telah menjadi penaja utama untuk program ini. Dan jualan motosikal masih lagi berlangsung sehingga 8 April nanti.