PULAU PINANG, 28 SEPTEMBER. Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengarah Urusan KB Soon Huat Motor Sdn Bhd, Encik William Khoo Chin Wei kerana telah memenangi Anugerah Qudwatur Rasul Khas (Non Muslim) sempena sambutan Maulidur Rasul 1445H Peringkat Negeri Pulau Pinang di atas jasa dan sumbangan kepada perihal kebajikan dan aktiviti sosial rakyat negeri Pulau Pinang. Anugerah telah disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak.



