BUTTERWORTH, 2 JUN. Demi kebaikan anak-anak Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, KBSHM telah berbesar hati memberi sumbangan sebuah mesin penapis air untuk kegunaan seluruh warga SKSD. Sesi penyampaian ini telah diterima oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Muhammad Faizellie bin Yahya yang diserahkan oleh En William Khoo, Pengarah Urusan KBSHM. Upacara penyerahan ringkas ini telah dilakukan sewaktu musim cuti sekolah. Pihak KBSHM berharap agar seluruh warga SKSD berbesar hati menerima sumbangan ini untuk kegunaan semua. Moga bantuan ini juga penting dapat membantu menjaga kesihatan anak-anak SKSD dan seluruh warganya kerana kita masih lagi berada di dalam musim cuaca panas yang tidak menentu.