GEORGETOWN, 1 Ogos. Segulung tahniah sekali lagi diucapkan kepada Pengarah Urusan KB Soon Huat Motor Sdn, Bhd., Encik William Khoo Chin Wei kerana telah dianugerahkan Pingat Kelakuan Terpuji (P.K.T) yang telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Datuk Seri Utama Ahmad Fuzi Haji Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang dalam Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Dan Pingat Negeri Pulau Pinang sempena Sambutan Ulang Tahun Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang ke-75 Tahun 2024.





